Sabtu, 20 Julai 2013

Detik2 yang terindah sebelum pemergian mu…

 Abah sudah 2 bulan 8 hari kau pergi… dah 2 bulan 8 hari aku rindu akan suara mu… rindu mencium mu… rindu memeluk mu… rindu berkata2 dengan mu… aku rindu bah…
Abah ingatan ku bersama mu kuat bah… jelas bermain di benak khayalan ku… aku masih ingat bah bila waktu kau ingin menjemput ku dari ofis… aku menghubung mu berkali2… tapi kau tak jawap… aku risau… aku ingat hp abah tinggal lagi… tapi aku tetap setia menanti mu di lobi pejabat… ada dalam hati ini perasaan risau sebab tak pernah kau lewat menjemput ku… aku risau sebab kau tak pernah tak mengangkat panggilan ku… dan bila kereta mu berada di hadapan mata ku…dalam hati dah pasang niat nak marah abah sebab abah tak angkat fon… bila masuk jk di dalam kereta muka ku dah muncung sangat… aku tnya knpa tak angkat fon??? Abah cakap  “ takkan setiap masa abah kena jawap panggilan lin,,,lin belajar untuk sabar la kadang2..” …. Dan sekarang saya paham maksud abah…


Abah selalu minta kami cabut rambut putih abah kan… dan setiap kali abah dah senyum2 pandang aku… aku dah tahu niat abah… dan setiap kali itu lah aku akan berdiri dan kata aku dah gantuk… hehehe… dan abah mesti geram…hehehe… tapi aku tetap akan cabut rambut putih abah dalam seminggu tue… dan bila kemalangan itu berlaku ,hentakan yg kuat berlaku dikepala abah, buat saya paham kenapa abah suka sangat bila kami pegang kepala abah… kalau abah ingat aku pernah bisik di telinga abah time abah koma waktu tue… aku cakap kalau abah bangunan aku janji aku cabut rambut putih abah hari2… tapi abah tak bangun pun…


Abah ingat tak time kita becuti kat KL… Time tue abah kata dengan ibu…” jom pegi KL sebab lepas nie tak leh jalan2 lagi sebab nak kumpul duit pergi konvo elin n eka”… betul2 holiday hari tue holiday terakhir kita kan bah… nak pegi konvo pun abah tak sempat kan bah… hemmm ….tak pa bah lin paham lin x marah pun….hehe… abah ingat tak time kita nak pegi KL time tue abah bankin duit rm500 dalam akaun lin… lin tnya duit tue untuk apa?? Kan saving lin banyak lagi… duit gaji pun dah masuk… abah cakap pakai jak la beli apa yang patut.. jangan kacau duit saving… lepas tue dekat airport abah hulur cash rm400 lagi… aku makin bingung… aku Tanya lagi , ini duit apa plak…abah kata ambil la… untuk shopping nanti… banyak sangat la bah…abah hanya senyum… pelik juga dengan sikap abah time tue… banyak sangat abah hulur…. Duit tue aku tak pakai banyak mana pun… aku ada belikan abah wallet tapi ikutkan itu duit abah jugakan… kini aku paham lepas tue abah tak kan hulur dah kan bah….


Bila Malam terakhir abah sebelum kemalangn ,,, aku nak kluar kejap pegi rumah kawan… time tue aku nak drive sendiri abah kata biar abah hantar… tapi sejak kebelakangan nie Nampak sangat perubahan abah… aku nak pergi mana2 semua dia nak hantar… aku pelik sikit… aku kata dengan abah, sampai bila abah nak hantar trus…. Trus abah diam…. Aku rasa serba salah sangat…. Dan sekarang kata2 aku makan diri sendri…. Abah tak leh dah drive untuk aku….omg… jahatnya akuuuu…..



Awal pagi bila nak pergi kerja abah akan siram pokok2 lada dia tepi rumah…. Abah syg sangat pokok lada nya dia tue… dan setiap pagi jugak la aku akan ucap “ bye abah , aku jalan dulu…” dan sekarang tak leh dah…. Abah tahu… lepas abah pergi hari tue… awal pagi aku bangun… buka tingkap bilik aku…. Nampak kebun lada abah… hati nie tetiba pilu… aku bangun terus siram pokok lada abah…. Dan waktu tue lah saat terakhir aku siram pokok2 lada abah sebab kami akan pindah… aku ada pesan dengan pokok2 abah berbakti lah untuk abah… subur la dengan baik…. Mudahan amal abah berjalan… aku pesan dengan pokok lada abah… jangan sedih k… sebab abah dah rehat dah sekarang….dia dah tenang dekat dengan penciptannya….:)


Sabtu, 6 Julai 2013

Muhasaba diri buat seketika…

Setelah beberapa bulan berlalu,,syukur alhamdullilah Allah masih memberi aku kekuatan meneruskan perjuangan ini tanpa insan bergelar ibu dan ayah di hidup ini…syukur aku masih mampu tersenyum indah.. bergelak ketawa… dan menjalani hidup ini dengan mudah dengan izin Allah…
Apa yang berlaku sebelum ini banyak mematangkan ku soal hidup… mengingatkan aku tentang erti karma,, erti kisas yang sering kali di perkatakan… mungkin tanpa ku sedari terlalu banyak dosa yang telah ku lakukan… terlalu lama aku lupa siapa aku di muka bumi ini... terlalu puas aku diberikan kebahagian tanpa ku mengingati erti besyukur yang sepatutnya ku lakukan sebagai hamba Allah…
Baru ku sedar… ketika abah masih hidup ,,hidup ku penuh dengan kemewahan, kebahagian, kesempurnaan…. Dan saat itu aku lupa untuk sujud menadah tangan bersyukur dengan mu dengan nikmat yang Dia lempahkan untuk ku…nikmat mempunyai abah yang terlalu sempurna… aku lalai akan tanggungjawap yang harus ku lakukan… aku terima teguran mu Ya Allah… aku yakin ini teguran yang kau berikan untuk aku kembali kejalan mu… kerna ku yakin Kau masih memberi ku peluang untuk tetap berada dalam lindungan mu…
Ya Allah ,, aku percaya kau tak memisahkan seorang anak dengan kedua ibubapanya… tapi hanya sementara… kau hanya memindahkan mereka kealam yang lagi satu… alam dimana kau akan menyatukan kami semua… dan saat itu pasti akan berlaku… Kau pisah kan kami dengan ibu kandung kami selama berpuluh tahu… dan yakin Kau bakal menyatukan hati ini untuk selama2nya…InsyaAllah… itu pasti….
Abah,, ibu,,, tunggu aku disaat… anak mu merindui kamu… Ya Allah ampunkan dosa kedua ibubapa ku… hentikan seksaan mereka ya Allah… berikan mereka kebahagian… ya Allah… kirimkan salam cinta dari hamba kepada kedua ibubapa hamba… katakan pada mereka… hamba beruntung menjadi anak kepada mereka… hamba yakin kedua ibubapa hamba adalah orang yang baik… oleh itu, Allah menjemput mereka terlebih dahulu…

Tunggu kami abah… aku mencintai lebih dari apapun… akan ku teruskan impian ku,, demi mu… ingin ku katakan pada seluruh dunia… aku mencintai mu…